Just nak buat log kerana dah lama tak buat hehe. Dah sebulan lebih aku pindah dari Hostel MMU ke Apartment Cyberia. Overall housemate aku kat sini semunya ok. Mereka semua student Lim Kok Wing dan pelajar International iaitu, 3 dari Yemen dan seorang dari Sudan. Semalam sungguh excited sekali aku berbual2 dengan sepupu Zackariya dan Ahmed housemate aku dari Yemen. Diaorang ajar aku bahasa arab aku ajar diorang bahasa Melayu hehe. Kat bandar Cyberjaya ni dikenali sebagai Sillicon Valley of Malaysia iaitu banyak company yg menjalankan business high-tech di sini. Susana di Cyberjaya ni overall aku boleh katakan ok tapi kalau dibandingkan dengan tempat belajar di MMU Melaka dulu, aku rasa di Melaka lebih baik dari Cyberjaya dari segi environment. Kat sini kalau nak pegi shopping, movie etc. biasanya kat Putrajaya, Alamanda paling dekat. Nak repair motosikal or  kereta paling dekat dalam 4.5 KM di Dengkil (Kiraan Garmin Mobile GPS). So kalau motosikal pancit kat Cyberjaya sediakanlah duit berpuluh ringgit untuk technician datang dari jauh repair ke Cyberjaya ( experienced -_-’ ). Jika bekerja atau belajar di Cyberjaya kenderaan itu memang convenience terutamanya kalau nak pergi jalan2 ke tempat2 lain atau membeli belah ke. Boleh naik bas atau teksi kat sini ada banyak teksi menunggu beberapa meter tempat aku tinggal ni. Hurm, teksi? Aku pernah kena charge sebanyak RM 29 ringgit oleh seorang abang teksi yg ambil kesempatan. masa tu aku kehabisan minyak moto di lebuh raya putrajaya semasa nak balik ke apartment dari Dengkil sebab lupa isi minyak dan terlupa bawak dompet untuk isi minyak! =_=’.  Masa tu aku tahan teksi,  then dia hantar aku ke station minyak isi dalam botol. Masa aku kat station minyak, sebelum keluar isi minyak, aku tengok meter teksi  harga dia RM 18 O_o. Dia suruh aku tunggu dia kat tempat pam angin yg tak sampai 10 meter pon. Lepas isi minyak aku naik teksi tu balik tiba2 sungguh wtf sekali meter tu harga dia jadi RM 20.50!. Aku agak dia main pusing2 macam orang bodoh kat belakang station minyak . Then dia bawak aku  ke apartment amik dompet dan akhir sekali ketempat motosikal aku berenti.. Aku malas nak marah dia sebab dia dok cakap baik2 dengan aku siap bagi nasihat kat aku suruh belajar rajin2..haha pandai dia psycho..

Apa2 pun Semester 1 aku dah nak habis. Minggu depan memang sangat busy sebab ada exam midterm lepas tu terus Final dalam beberapa minggu then MERDEKA! (maybe). Pada masa yang sama jugak laman web company dengan sorang customer sorang tu x siapkan lagi nak hampir due date. :| haha.. im dead!. InsyaALLAH aku akan bahagikan masa aku dengan terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar. Amin..