Masa tadi aku dengan abang aku tunggu untuk dipanggil amik ujian bertulis Bahasa Melayu ikut giliran nombor. Lepas diorang panggil masuk dewan, exam start. Masa dia bagi ialah 30 minit. Time tu aku tersenyum kambing sebabnya aku kena buat karangan bahasa Melayu macam SPM dulu2. Tajuk dia pasal bendera malaysia. Hahaha. Dia suruh huraikan maksud color, lambang jalur2 dan tanda2 apa2 yg terdapat pada bendera. Nasib baik aku ingat lagi! Kalau x memang tak bergerak la dalam bilik exam tu. Hehe. Abang aku pulak tajuk dia Tentang Budi Bahasa Budaya Kita dan huraikan (hohoho). Dia tu aku rasa sure beratus2 ayat dia goreng. Biasala orang yg suka berceramah. Setiap kali jumpa dia mesti kena ceramah (wajib) =_=. Tak semua orang tau tulis dalam dewan tu. Ada yg tak tau cakap Melayu langsung. Then, lepas habis sesi ujian bertulis, tunggu pulak giliran untuk ditemu duga. Time tu memang cuak sikit tapi masih stedi lagi yo hehe. Ujian bertulis tadi tu just fasa pertama untuk dinilai tahap bahasa melayu dan pengetahuan tentang Malaysia. Ada banyak lagi fasa and kalau nak tau lulus ke tak kena tunggu 2 tahun lagi (=_=’). Masa temuduga tadi ialah fasa kedua. Lepas giliran nombor aku dipanggil aku disuruh duduk di kerusi jauh lebih kurang 1 meter daripada 2 orang penilai masing2 lelaki dan perempuan. Masa mula2 skali dia comment kat karangan aku buat tadi ada banyak aku potong guna pen:

Penilai prempuan: Encik Ahmad Arafat Mohd Ali ye.

Arafat: Ye saya.

Penilai Perempuan: Saya lihat encik Ahmad Arafat punya karangan banyak sangat potong sana sini kenapa? Macam nak sampaikan sesuatu ke?

Arafat: Ye saya nak sampaikan perasaan sayang saya kat miss. Miss sgt cantik. dah kawin ke belum :”>?

Arafat: Sebenarnya tadi saya ada idea baru sebab tu sy padam idea lama. Lepas tulis idea lama saya teragak-agak sebab idea saya tu bole tulis ke tak. Disebabkan masa tak cukup, saya potong balik idea baru tu dan tulis balik idea lama.

Penilai prempuan & Laki: Gelak

Arafat: (Dalam hati: fuh… )

Dan banyak lagi soalan yang dirasakan tidak perlu ditulis sini hehe..

Lepas temuduga selesai, abang aku pun balik rumah dia kat Kajang and aku balik Cyberjaya. Keputusan pass fail akan diketahui selepas 2 tahun. Lepas 2 tahun tu kena lulus lagi satu sesi ujian bertulis dan temuduga baru diberitahu keputusannya.. Kalau fail still boleh mohon lagi tapi kena tunggu 2 tahun :| . Aku harap lulus.. insyaALLAH..